Di minggu ini, kami berhadapan dengan minggu pembentangan. Terdapat dua kumpulan yang berkesempatan membentangkan hasil kajian dan penyelidikan masing-masing iaitu kumpulan Keroncong dan Kuda Kepang. Kedua -dua kumpulan menunjukkan hasil pembentangan yang menarik.Corak pembentangan yang bersahaja dan isi kandungan yang padat untuk di kongsi bersama bukti kerjasama yang jitu diantara setiap kumpulan.
KUDA KEPANG dan KERONCONG
Kami dibentangkan dengan sejarah kehadirannya yang berasal dari Jawa ( Kuda Kepang ) dan Barat (Kerongcong) yang terus berkembang sehinggalah melular dengan pesatnya ke negara ini melalui penghijrahan dan hasil aktiviti perdagangan.Kemudian kami didedahkan dengan alatan yang biasa digunakan utuk kedua-dua permainan tradisional ini.Untuk Kuda Kepang alat yang digunakan adalah seperti
Gendang Jawa
Jidur
Saron Pekin
Bonang
Angklung
Kenong
Gong
Manakala Keroncong pula menggunakan alat seperti
Biola
Flute
Cello
Double Bass
Ukelele
Cuk
Cak
Gitar
Dari segi kostum pula,Kuda Kepang mempunyai kostumnya yang tersendiri seperti ketopang, seluar yang di jahit dengan batik jawa dan pakaian tradisi jawa.Bilangan pemainnya pula biasanya 25 orang yang terdiri daripada 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang bomoh dan 9-15 orang untuk menjaga kawasan.
Untuk permainan keroncong pula biasanya satu alat terdiri daripada seorang pemain.
Walaupun kedua- duanya adalah merupakan permainan tradisional di negara ini, namun terdapat beberapa perbezaan seperti permainan kuda kepang ini mempunyai pantang larangnya yang tersendiri baik dari segi pemain alat muzik, penari ,kuda kepang yang digunakan ,para penonton dan juga aktiviti sebelum memulakan tarian seperti proses penjampian buka panggung lantaran kepercayaan dengan kehadiran roh dan semangat luar di dalam permainannya.Antara pantang larang yang lain adalah seperti tidak dibenarkan mengacah didalam tarian, tidak dibenarkan melihat kaca kerana dikhuatiri dimakan oleh pemain, pengharaman penggunaan kain merah, wang pengeras persembahan serta dilarang mencaci pemain kuda kepang kerana dikhuatiri mendapat musibah.Untuk permainan keroncong pula tidak terdapat pantang larang kerana ianya lebih berbentuk permainan instrumental dan persembahan yang tidak melibatkan semangat luar.
Akhir lembaran,Penggunaan power point yang kreatif dan ceria oleh kumpulan Kuda Kepang amat menarik perhatian para pelajar lain untuk meneruskan pandangan terhadap pembentangan yang disampaikan.
Kesimpulannya, penyelidikan dan kajian yang terpeinci akan membuahkan suatu hasil yang amat memberangsangkan. Tahniah kepada kedua-dua kumpulan diatas paparan lapangan yang memberikan pelbagai info yang menarik untuk dikongsi terutamanya permainan tradisi yang semakin lekang ditelan arus perdana.Diharapkan dengan informasi terkini berkaitan permainanan tradisional ini dapat menyemaikan rasa cintakan kesenian tradisi dan mengembling tenaga untuk mengekalkan kesenian ke generasi yang mendatang.
0 ulasan:
Catat Ulasan