Ahad, 19 September 2010

Refleksi Jurnal : Minggu Ke 8

Refleksi Jurnal : Minggu Ke-8
Salam lebaran...
Di minggu ke-lapan ini kami diberikan peluang untuk membentangkan hasil kerja kumpulan kami iaitu M.I.N.D.A untuk berkongsi pengetahuan tentang persembahan Tradisional Menora. Pada permulaan pembentangan, M.I.N.D.A menerangkan tentang sejarah, asal –usul dan perkembangan Menora ini dari awal perkembangannya sehinggalah kini.Terdapat beberapa pendapat tentang kewujudan Menora ini seperti ianya wujud daripada Siam dan ada yang mengatakan Menora ini berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Kemudian pembentangan diteruskan dengan topik lakonan dan penceritaan yang terdapat didalam persembahan Menora ini. Terdapat 3 kisah yang utama yang menceritakan tentang sejarah asal Menora dan perkembangannya yang mengandungi beberapa persamaan dan perbezaan yang tersendiri.Antara persamaan yang terdapat adalah seperti Menora ini berkisahkan tentang pemerintahan kerajaan beraja yang mempunyai Puteri dan kemudiannya Puteri tersebut meninggalkan istana dan memulakan kehidupan di sebuah pulau serta melahirkan seorang putera.Perkembangan tarian Menora ini dikatakan berkembang hasil daripada gerak- tari putera ini sehingga kepada pengetahuan raja dan dipersembahkan sehinggalah Menora ini menjadi bualan ramai dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.Selain itu juga terdapat beberapa perbezaan khususnya dari aspek kostum seperti kecopong siam dan kecopong Melayu disamping bentuk dan jenis kuku yang digunakan serta beberapa peralatan lain.

Kecopong Melayu


Kecopong Siam


Rotan


Topeng


Dari segi tarian pula terdapat 5 gerak tari yang biasa digunakan kini seperti :

Gerak Tari Masuk


Gerak Tari Burung Kinaree


Gerak Tari Penjuru Besar


Gerak Tari Penjuru Kecil


dan Gerak Tari Labah- labah


Selain itu juga, terdapat beberapa jenis gerak tari yang hadir bersama gerak lakonan yang di lakonkan seperti gerak theng khe ataupun gerak tari tikam buaya, gerak tari klong hong atau tangkap geruda serta tarian kreng hon.



Dari segi alatan pula, alat yang biasa digunakan di dalam permainan Menora ini adalah seperti :

Gedombak


Pi Nai


Kesi


Geduk


Cerek


Canang


Dari segi kedudukan alat pula, kedudukannya adalah seperti berikut :


Namun, sejajar dengan perubahan semasa, alat – alatan muzik lain seperti gambang, gendang dan pelbagai lagi turut digunakan di dalam permainan Menora ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template