Khamis, 12 Ogos 2010

Refleksi Jurnal : Minggu Ke 5












Pada minggu ke -5 ini kami didedahkan tentang ilmu pembelajaran berkaitan dengan Gamelan dan Caklempong.Untuk pengajian pada kali ini, pensyarah memberi penekanan dan lebih penitikberatkan tentang sejarah dan jenis- jenisnya, alat-alat muzik gamelan serta dari aspek sistem tonalnya, melodi dan bentuknya. Dari aspek muzik Gamelan pula, persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara alat gamelan Terengganu dan Jawa telah dinyatakan dengan begitu terperinci.Sebagai conthonya, sebagaimana kita tahu, alat muzik Gamelan ini berasal daripada Jawa, Indonesia walaupun terdapat juga alat yang serupa di negara Filifina, Thailand, Cambodia dan sebahagian di Vietnam. Penghasilan alatan gong seawal tahun masihi 1 merupakan titik tolak terhadap perkembangan ciptaan alatan gamelan lain yang terdapat pada masa kini. Alatan gamelan ini mempunyai laras tetap ataupun 'fixed tuning' dan diperbuat daripada perunggu, kayu, besi dan juga buluh.Lantaran itu, pelbagai pembaik pulihan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan mutu alatan ini di tahap yang memuaskan. Permainan gamelan ini, sebagaimana yang kita sedia maklum adalah merupakan sejenis permainan yang di mainkan secara ensembel dan terdiri daripada beberapa jenis alatan yang utama seperti Bonang, Gambang, Saron Baron,Saron Pekin, Kenong, Gong, dan juga Gendang.
Tedapat 2 jenis Gamelan iaitu Gemelan Jawa dan juga Gamelan Melayu ataupun lebih dikenali dengan nama gamelan Terengganu.
Gamelan Jawa
Gamelan Melayu



Terdapat beberapa persamaan diantara kedua-dua gamelan iaitu kedua- dua alat ini dalah terdiri daripada kategori alat muzik bentuk tarian utama, teknik permainan tanpa notasi,terdiri merupakan alatan berkategori Idiofon dan juga pengaplikasian sistem kepatihan iaitu sistem bernombor.

Gamelan Melayu








Gamelan Jawa








Dari segi teksturnya pula, gamelan ini bercirikan tekstur yang polifoni iaitu merujuk kepada gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara, pengulangan bentuk muzik, pengulangan frasanya dan pergerakkan muzik dalam bentuk bulatan. Disamping itu juga,terdapat beberapa perbezaan di antara kedua- dua alatan ini seperti dari aspek sistem talaannya. Gamelan Jawa dilihat lebih sukar dengan pengaplikasian skel slendro dan pelog berbanding gamelan Melayu. Dari segi alatan pula, Gamelan Jawa mepunyai jumlah alatan lebih banyak iaitu terdiri daripada 9 alatan berbanding 7 alat gamelan Melayu iaitu dengan penambahan alatan Kempul dan Demong.




CAKLEMPONG


Kemudian kuliah diteruskan dengan pengenalan terhadap alat muzik Caklempong yang berasal daripada Minangkabau dan kini terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Permainan tradisi ini biasanya mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keraian. Alat muzik ini terdiri daripada 7 alatan utama iaitu Bonang, Geteteh, Tingkah, Bangsi,Sauwa, Serunai dan Gendang.

Dari segi notasinya pula, kedudukannya adalah seperti berikut :Diakhir pembelajaran, para pelajar di berikan peluang untuk merasai sendiri permainan Gamelan yang terdapat di bilik muzik tradisional.Segala kesulitan dan persoalan tentang permainan alat muzik ini dapat dirungkai dengan teknik praktikal yang sangat efektif ini.Hasil pembelajaran ini amat memberangsangkan dengan kejayaan rakan- rakan sekuliah dapat memainkan alat muzik ini walaupun dengan beberapa kali percubaan sahaja lantaran kerjasama yang padu diantara setiap ahli sepasukan.Akhir kata 'Seni Pencetus Perpaduan'!
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template