
Sehingga ke abad yang ke 20, watak utama iaitu Pak Yong di pegang oleh wanita.Terdapat 3 lagu utama yang digunakan didalam persembahan Mak Yong ini seperti lagu Mengadap Rebab, lagu Kijang Mas dan juga lagu Sindung. Tarian mengadap rebab adalah tarian pembukaan yang mengiringi tarian dan nyanyian pak yong yang memberikan suatu simbol penghormatan terhadap rebab dan semangat mak yong.
Selain itu terdapat pelbagai jenis lagu seperti lagu ela, lagu mengambul ataupun jembar, lagu mengulit raja nak tidur, timbang welu, sendayung pakyong dan juga lagu sang atau penyudah. Dari segi alatan muziknya pula, terdapat 3 alat utama yang biasa digunakan seperti
sepasang gendang,

sepasang tetawak

dan sebuah rebab 3 tali

dan disusuli dengan 3 jenis alat tambahan seperti serunai,geduk dan canai.

Alat rebab yang berkulit muka kulit perut lembu ini berperanan untuk memainkan melodi utama.Selain itu, bonggol kecil yang di panggil Susu yang diperbuat daripada lilin lebah pada rebab ini berfungsi untuk merendam bunyi. Dari aspek form dan bentuk, Makyong ditentukan dalam sistem gongan 8 bit, 16 bit dan 32 bit dan dikawal oleh tetawak. Iramanya pula 4 timbre iaitu pak, duh, cak, ting, gaya meningkah dan juga lagu yang dimainkan adalah dalam tempo yang agak perlahan.
Irama



Seterusnya kuliah disambung dengan pembelajaran permainan tradisional kompang.Alat yang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat ( Timur Barat ) ini juga dikenali sebagai Daff, Duff, Dufuf, Tar atau Bendir. Di Indonesia pula, alat ini dipanggil rebana atau terbang dan dibawa oleh pedagang Arab pada kurun ke 13 Masihi. Alat membranofon dalam kelas dram kecil ini berfungsi untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian islam, Mauliulrasul dan berkhatan dalam masyarakat melayu. Jika di lihat dalam masyarakat sosial kini pula, ia berfungsi untuk menyambut ketibaan pemimpin dan acara rasmi. Dari segi bentuknnya pula, kompang mempunyai 2 bahagian yang utama iaitu belulang yang diberpuat daripada kulit kambing betina dan belulang paluh yang biasanya diperbuat daripada kayu nangka.

Permainan kompang ini dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Kompang Hadrah di Perak, Kompang Johor/ Jawa, Kompang Eizhar di Negeri Sembilan dan Kompang Kelalang di Melaka. Kompang juga boleh diperolehi dalam beberapa saiz yang tertentu.

Terdapat cara pemegangan dan bermain kompang ini dengan betul.



Tedapat 3 teknik pukulan didalam permainan ini seperti melalu, menyilang dan meningkah yang mana teknik pukulan melalu memainkan rentak asas, menyilang memainkan rentak silihah(up beat) kepada pukulan melalu dan meningkah bertindak sebagai penghias rentak kepada 2 pukulan tersebut.

Sedikit tips untuk penjagaannya, alat ini seharusnya ditegangkan dengan menggunakan sedak sebelum memulakan permainan.Teknik ini dipanggil penalaan yang berfungsi untuk meninggikan ton bunyi kompang. Sedak biasanya dibuat daripada rotan atau wayar plastik dengan sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam , diantara baluh dan belulang kompang. Kemudian, alat dikendurkan kembali permukaannya untuk simpanan. Untuk memastikan alat ini bertahan lebih lama, kompang haruslah dijemur.
Asas Inang

Asas Masri

Asas Asli

Di akhir pembelajaran pula, para pelajar di berikan masa untuk pengaplikasian kompang dan memainkan sebuah lagu pilihan.Madu tiga menjadi saksi kepada pengakhiran kuliah di minggu ke-6 yang meninggalkan kenangan semanis madu bagi kami sekuliah.
0 ulasan:
Catat Ulasan