Ahad, 31 Oktober 2010

refleksi jurnal : minggu ke 14

Salam Lembaran minggu ke 14

Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah persembahan tradisional masyarakat cina yang mana penari tarian singa ini akan meniru pergerakkan singa di dalam kostum singa.Para penari pula biasanya terdiri daripada 2 penari utama iaitu para penari dihadapan akan bertindak untuk menggerakkan kepala singa dan penari dibahagian belakang akan bertindak untuk menggerakkan bahagian belakang singa.Tarian ini biasanya di iringi dengan iringan drum, gong dan mercun yang dikatakan memberikan tuah. Sedikit latar belakang tentang tarian ini, sejarah singa dianggap sebagai pelindung didalam masyarakat orang asia terutamanya orang yang berketurunan cina. Tarian ini juga telah menjadi adat di negara- negara seperti Vietnam, Korea, China, Thailand, Jepun dan Taiwan.
Dari segi alatan muzik pula, alat yang biasa digunakan adalah seperti Luo iaitu alat gong gangsa yang berbingkai nipis dan digantung , Bo pula alat simbal yang diperbuat daripada gangsa, Gu ataupun Chebagu yang merupakan gong besar ataupun tong yang mempunyai satu muka kulit.
Dari segi muziik pula, tarian singa ini menggunakan muzik genderang bermeter duple dan bertekstur polifoni. Corak genderang dihubungkaitkan dengan pergerakkan singa. Lagu gendang 7 bintang mengiringi Tarian Chai Ching. Di dalam muzik tarian singa ini terdapat 5 bahagian utama mengikut gerakan singa iaitu :
1) Gerakan kemunculan singa ataupun Titiran
2) Singa menyembah iaitu titiran
3) Singa berjalan ataupun irama bertitik
4) Singa menjumpsi makanan ataupun titiran
5) Serta Ulangan bahagian A dan C.
Teruskan Membaca...

refleksi jurnal : minggu ke 13

Salam lembaran minggu ke 13

Diminggu ini kami dibentangkan dengan pembelajaran yang berkisahkan tentang gendang 24 musim.Apabila terdengar tajuk pada hari ini saya menjadi begitu teruja untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan gendang 24 musim ini. Pembelajaran ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu sejarah dan pengenalan, alat muzik dan gaya persembahan, konsep 24 Ji Qie dan juga Ji Qie di Malaysia. Dari aspek pengenalannya, kesenian ini diasaskan oleh seorang guru muzik iaitu Encik Chen Wei Chong di Johor Bharu iaitu pada 12 Jun 1988.Kesenian ini berasaskan kepada satu musim pertanian di negeri China.
Dari segi gaya persembahan pula, pemain drum akan memakai kostum tradisional lelaki china.Selain itu juga mereka menggunakan props lain seperti topeng, bendera berwarna- warni dan kain panjang berwarna. Apa yang menariknya tentang persembahan ini adalah ianya tidak hanya terhad kepada perayaan besar kaum china sahaja tetapi juga dipersembahkan juga di majlis-majlis rasmi kerajaan.
Dari segi alat muzik pula, alat terdiri daripada 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa. Gendang ini diperbuat daripada kulit lembu ataupun kerbau pada bahagian atas yang di paku pada bahan kayu menggunakan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat dawai besi yang seperti spring yang memberikan kesan tone istimewa.
Dari aspek konsep Ji Qie pula adalah merujuk seperti berikut :
1) Li Chun iaitu bermaksud bermulanya musim bunga.
2) Yu Shui iaitu air hujan
3) Jing Zhe iaitu Pembangkitan semula Serangga
4)Chun Fen iaitu Ekuinoks musim bunga
5)Qing Ming iaitu terang dan nyaman
6)Gu Yu iaitu hujan bijirin
7)Li Xia iaitu bermulanya musim panas
8)Xio Man iaitu bijirin mula berisi
9)Mang Zhong iaitu bijirin masak
10) Xia Zhi iaitu Solstis musim panas
11) Xiao Shu iaitu bahang Kecil
12) Da Shu iaitu bahang besar
13) Li Que iaitu bermulanya musim luruh
14)Cu Shu iaitu tamatnya cuaca bahang
15) Bai Lu iaitu embun putih
16) Qiu Fen iaitu ekuinoks musim luruh
17) Han Lu iaitu musim sejuk
18) Shuang Jiang iaitu turunnya fros
19) Bai Lu iaitu Embun putih
20) Qiu Fen iaitu ekuinoks musim luruh
21) Han Lu iaitu embun sejuk
22) Shuang Jiang iaitu turunnya fros
23) Xiao Han iaitu cuaca semakin sejuk
24) Da Han cuaca paling sejuk

Ji Qie di malaysia menggunakan pukulan gendang shigu iaitu sejenis gendang dalam tarian singa dengan iringan kereografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan suatu persembahan yang gagah dan gemuruh serta berkeyakinan.Maka dengan itu, terlahirlah sejenis persembahan baru ciptaan tulen orang cina di Malaysia ini.
Teruskan Membaca...

refleksi jurnal : minggu ke 12

Salam lembaran.
Di minggu ini kita dibentangkan dengan pembentangan yang berkisarkan tentang kesenian yang di kenali sebagai Boria.Persembahan ini merangkumi 2 aspek yang utama iaitu lakonan dan nyanyian. Lakonan yang di persembahkan biasanya terdiri daripada lakonan yang berbentuk lawak jenaka yang disengajakan dengan hasrat menghiburkan penonton. Para pelakon pula biasanya terdiri daripada 6 orang kaum lelaki dan watak wanita dilakonkan oleh pemain lelaki dengan pengaplikasian kostum dan peniruan gaya watina bertutur. Boria ini amat popular di neger utara Malaysia terutamanya Pulau Pinang. Dari aspek muziknya pula, ia dimainkan apabila bermulanya babak nyanyian dan berakhirnya babak lakonan. Lagu dinyanyikan oleh tukang karang dan diikuti oleh para kelasi ataupun penyanyi latar.
Dari segi persembahan pula, persembahan Boria ini biasanya dibahagikan kepada 2 segmen iaitu sketsa lucu ataupun jenaka dan sketsa nyanyian vocal dan tarian.Dari aspek sketsa, lakonan biasanya terdiri daripada 10-14 orang pemain yang melakonkan komedi dan lawak yang slapstik dan menghiburkan. Dari aspek nyanyian dan tarian pula, nyanyian dimainkan oleh peserta korus seramai 30-40 orang dan seorang tukang karang. Muzik pula dimulakan dengan muzik instrumental dengan berasaskan irama cha-cha, slow rumba dan tarian popular barat. Rangkap yang dinyanyikan berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima yang tetap serta lagu yang dimainkan ini biasanya berselang seli 12-14 rangkap.
Dari segi alatan yang digunakan pula, Boria menggunakan alat seperti Violin, Gambus, Marwas, Tabla,Simbal, Harmonika, Akordian dan Gendang.
Namun boria juga mengalami perubahan dan kemajuan didalam persembahannya.Sebagai contoh Boria menggunakan alatan muzik seperti gitar, clarinet, violin, organ, drum set dan saxhaphone.
Selaras dengan perubahan semasa, Boria mengalami perubahan dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, pakaian pemain Boria pada masa sekarang lebih bersifat seragam berbanding pakaian pada boria terdahulu yang lebih beraneka ragam, pelbagai warna dan juga bentuk.Dari aspek gerak, tarian lebih diseragam dan dengan penggunaan kumpulan muzik kugiran.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template