Ahad, 26 September 2010

Refleksi Jurnal : Minggu Ke 9

Salam lembaran..
Pada minggu ke-9 ini kami disajikan dengan santapan kebudayaan tradisional yang dinamakan Mak yong.Di permulaan persembahan mak yong ini, kami dipersembahkan dengan persembahan tradisional daripada En. Hassan bin Abdullah dan para pemuzik UPSI yang memainkan lagu- lagu yang biasanya dimainkan dalam persembahan makyong seperti lagu bertabuh, lagu Pak Dogol, lagu berjalan dan banyak lagi. Di awal pembentangan kumpulan pula, kami diajarkan teknik tarian mengadap rebab iaitu sejenis tarian pembukaan didalam persembahan mak yong. Tarian yang kelihatan mudah pada awalnya ini sememangnya memerlukan teknik penghayatan, konsentrasi dan fokus yang tinggi untuk diaplikasikan. Teknik dan pergerakkan yang dibuatkan juga mempunyai maksud-maksudnya yang tertentu yang biasanya dikaitkan dengan kalimah -kalimah agama islam seperti huruf alif, lam alif dan ha.Sebagaimana yang diketahui, makyong adalah sejenis persembahan dramatari yang mengandungi gabungan unsur- unsur tarian, lakonan dan muzik. Dari segi persembahannya pula, mak yong dipersembahkan berdasarkan 3 tujuan utama iaitu untuk hiburan, sebagai medium perubatan ataupun upacara menyembuhknan penyakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun serta untuk tujuan sembah guru. Namun ekoran tuntutan kemajuan semasa mak yong kini dipersembahkan didalam bentuk taridra bukan sahaja di dalam negara malahan untuk pertunjukkan di peringkat antarabangsa juga. Namun,diisebalik kemajuan tersebut,elemen utama di dalam persembahan ini tidak dipinggirkan iaitu setiap persembahan mak yong mestilah dibuka ataupun dimainkan dengan lagu mengadap rebab diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik.Dari aspek sejarahnya pula, mak yong dipercayai wujud sebelum kedatangan islam iaitu lebih kurang 800 tahun yang lepas yang di bawa masuk melalui kelantan, kedah dan mula berkmbang ke negeri-negeri lain. Persembahan ini pula terdiri daripada 7 jenis yang utama iaitu makyong Patani, mak yong Kelantan, Kedah, Laut, Riau, Medan dan Kalimantan. Namun persembahan yang biasanya dimainkan dan terkenal adalah mak yong Kelantan, Kedah dan Laut.Tema penceritaan pula biasanya mendasari mitos percintaan anak-anak raja dan dewa- dewa serta pengembaraan dan kehidupan di istana. Watak yang terdapat adalah terdiri daripada Pak yong iaitu berperanan sebagai watak utama, mak yong, peran, puteri, dayang dan inang peran, tok wak dewa, jin serta watak binatang.Dari segi kostum pula, pakaian para pemain makyong biasanya terdiri daripada baju sempit yang diperbuat daripada kain satin dan dipadankan dengan kain sampin labuh dan tali pinggan.Di bahagian dada pula, para pemain mak yong dihiasi dengan sibar layang atau dari manik- manik halus berwarna-warni seperti baju layang. Perhiasan di kepala Pak yong pula dibuat dari baldu membentuk mahkota berhiaskan batu permata dan dilengkapi dengan sunting malai di telinga beserta seikat rotan. Dari segi alat pula, alat yang digunakan untuk persembahan mak yong adalah terdiri daripada 3 alat utama iaitu sebuah rebab tiga tali, sepasang gendang dan sepasang tetawak.Namun alatan ini biasanya dimainkan bersama alat- alat lain seperti canang, kesi dan juga serunai.Antara lagu yang terdapat didalam persembahan ini adalah seperti lagu mengadap rebab, kijang mas, sindung, sedayung, mengambul, saudara, pak yong muda,lagu yur dan banyak lagi.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template