Isnin, 2 Ogos 2010

Refleksi Jurnal : Minggu Ke-3

1.Apa yang saya tahu?
Di minggu ini kami mempelajari tentang ciri muzik, kategori muzik dan klasifikasi alat muzik tradisional Malaysia.Di minggu ke-3 ini ,saya lebih bersedia dengan topik yang ingin dipelajari kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran di minggu ke-2 banyak memberikan informasi terhadap perjalanan pembelajaran bagi subjek SMP2252 ini.Semasa proses pengajaran berlangsung,saya telah diajar dan difahamkan lagi tentang ciri, klasifikasi dan kategori muzik tradisional Malaysia.

2.Apa yang saya ingin tahu?
Saya ingin mengetahui lanjutan tentang perskeptif adaptasi dan idiosinkretik serta pecahannya dengan lebih terperinci kerana apa yang saya faham perspektif adaptasi adalah merujuk kepada penyesuaian muzik yang dilakukan berasaskan tindakbalas mengikut keadaan ekologi iaitu merujuk kepada kebenaran estetik serta pengaruh budaya setempat.Dari aspek perspektif idiosinkretik pula, ianya adalah satu cara dan gaya persembahan yang tersendiri dan tidak dilakukan apa-apa perubahan.Disamping itu juga, ianya mempunyai kestabilan bentuk asal serta sifat semulajadi dan kemampuan fisiologinya yang kental.

3. Apa yang saya pelajari?
Di mingguketiga ini kami didedahkan dengan 3 elemen utama iaitu klasifikasi,kategori dan juga ciri- ciri muzik tradisional Malaysia.Klasifikasi alat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Cina, India dan juga barat.Klasifikasi alat muzik cina boleh dirungkaikan dalam 8 kumpulan asas iaitu logam, batu, kulit, kain, tanah, buluh, kayu dan juga labu kering. Klasifikasi alat muzik India pula adalah bertunjangkan Natyashastra yang mana alatannya terdiri daripada alat tiupan (winds), alat bertali (strings) , gendang (drums) serta gong simbal dan loceng. Klasifikasi alat muzik barat pula merujuk kepada sistem Taksonomy iaitu alat dipecahkan kepada 4 kumpulan utama iaitu Kordofon, Ideofon, Membranofon, dan juga Earofon.Ianya telah dikemukakan oleh Victor Charles Mahillon (1880) dan diperkemaskan oleh Curt Sachs dan Eric Von Hornbostels (1914).
Selain itu juga, kami didedahkan dengan ciri-ciri muzik tradisional yang dipecahkan kepada 2 bahagian utama iaitu tradisi besar yang merujuk kepada budaya klasik dan istana serta tradisi kecil yang merujuk kepada budaya rakyat.Terdapat 6 elemen utama dalam ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakonan utama (dramatari), bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular serta ensembel lain.Setiap elemen mempunyai kriteria yang tersendiri. Bentuk seni lakonan adalah bercirikan teater dan muzik wilayah cohtohnya seperti Makyung, Wayang Kulit,Bangsawan dan Randai. Elemen ini juga bercirikan percussion dominated iaitu seksyen perkusi mendominasi muzik sesebuah persembahan itu.











Bentuk tarian utama pula merujuk kepada tradisi muzik yang mengiringi tarian. Ia boleh dipecahkan kepada 2 bahagian yang utama iaitu tradisi kesenian tinggi yang mana terdiri daripada pemuzik dan penari yang terlatih.Antara contoh elemen ini adalah seperti tarian asyik, joget gamelan dan juga zapin.












Ensembel genderang pula merujuk kepada stand alone ataupun muzik mengiringi bentuk tarian utama seperti aktiviti kerja, ritual dan upacara tertentu seperti upacara seni mempertahankan diri.Antara contoh alat muzik genderang ini adalah seperti kertuk, kompang hadrah dan rodat.

Ciri elemen vocal dan instrumental solo pula adalah merujuk kepada sastera lisan yang disebar melalui nyanyian dan genealogi di kalangan kaum.Ia juga melibatkan tahap daya kreatif dan kemahiran gaya hidup ahli masyarakat.Contoh muzik jenis ini adalah seperti zikir,kayan (lagu menyambut tetamu) dan pantun.

Elemen ensembel muzik sosial popular pula merujuk kepada muzik hiburan, keraian dan majlis perayaan.Ensembel muzik ini banyak bercirikan muzik sinkretik iaitu cantuman unsur muzik tempatan dan unsur muzik luaran.Antara contoh muzik ensembel sosial popular ini adalah seperti dikir barat, ronggeng dan dondang sayang.

Ciri elemen muzik terakhir adalah ensembel lain merujuk kepada pelbagai genre muzik yang masih belum diselidik dan dianalisis secara mendalam.Antara contohnya seperti jiduran berundai yang terdapat di Kedah serta Barongan dan bongai yang terdapat di negeri sembilan.

Dari aspek kategori muzik pula,kami diperlihatkan tentang 4 pecahan utama yang ada dalam muzik tradisional Malaysia iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan juga muzik kontemporari.Muzik rakyat adalah merujuk kepada masyarakat desa dan juga petani.Ianya tidak mudah berubah dan ianya mencerminkan nilai dasar dan kebudayaan.Contoh muzik jenis ini adalah seperti wayang kulit dan kuda kepang dan zapin.


Muzik klasik pula merujuk kepada muzik bandar ataupun istana.Muzik jenis ini dilihat mempunyai repotoire dalam bentuk genre.Contoh muzik jenis klasik ini adalah seperti gamelan dan nobat.Muzik sinkretik pula merujuk kepada gabungan budaya bandar dan desa. Ianya juga merangkumi tarian, muzik dan vocal serta bersifat fleksibel.Contoh muzik sinkretik ini adalah seperti ghazal, dondang sayang dan asli.Muzik kontemporari pula merujuk kepada ciri muzik barat dan digubah oleh pemuzik popular.Muzik jenis ini biasanya berubah dalam jangka masa yang pendek dan mempunyai sistem notasi yang sistematik.

4.Bagaimana kami mahu mendalami?
Bak kata pepatah,yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.Maka untuk mendalami dan mempelajari sesebuah ilmu yang baru, kajian susulan haruslah di lakukan. Proses penyelidikan dan kerja lapangan dilihat suatu kaedah yang amat ideal untuk mendekatkan lagi pemahaman para mahasiswa terhadap 3 elemen utama yang dipelajari ini.

5.Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gambus
http://muzikgambus.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template