1.Apa yang saya tahu?
Secara dasarnya saya tidak begitu mengetahui tentang bidang soundscape,budaya muzik dan konsep ataupun struktur muzik ini.Saya hanya mengetahui sedikit pengetahuan tentang empat kategori utama alat muzik seperti ideofon,kordofon,membranofon dan earofon serta sedikit pengetahuan tentang sejarah asas muzik yang sebagaimana diketahui berasal daripada gereja dan semakin berkembang pesat sehinggalah ke hari ini.
2.Apa yang saya ingin tahu?
Apa yang saya inginkan daripada subjek Muzik Tradisional Malaysia ini adalah pembelajaran yang boleh memberikan informasi terkini dan mengetahui dengan lebih terperinci tentang jenis-jenis alatan tradisional yang terdapat di negara ini, sejarah kewujudan dan teknik permainanan yang betul bagi sesebuah alat tradisional.Tak tumbuh tak melata, hal ini kerana saya rasa terpanggil untuk mempelajari kaedah yang tepat memandangkan ramai dikalangan muda belia lebih menjurus obses kepada proses pembelajaran alatan muzik barat yang dalam masa yang sama meminggirkan pengetahuan tentang alatan tradisional tinggalan nenek moyang ini.
3. Apa yang saya pelajari?
Pada masa ini, saya kini tahu terdapat 5 elemen utama dalam proses mengkaji dan mendalami Muzik Tradisional Malaysia ini iaitu Soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik dan juga struktur alat muzik ini.Secara umumnya,soundscape merujuk kepada kajian dan penaksiran yang kita buat melalui pengamatan bunyi.Hal ini merujuk kepada pemandangan bunyi yang mengkaji bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.Kami juga diuji dengan beberapa klip vedio yang mengkehendaki kami mengesan dan membuat tafsiran terhadap bunyi yang didengari melalui pancaindera.
Selain itu juga, kami didedahkan dengan budaya muzik yang merujuk kepada penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi,institusi , peralatan, material serta benda-benda yang seharusnya terdapat didalam sesebuah persembahan muzik itu.Ia melibatkan idea tentang muzik yang mempengaruhi kepercayaan, nilai estetika, konteks muzik, sejarah muzik serta repotoire muzik seperti stail, genre, teks dan juga pergerakan dalam muzik.
Sejarah muzik sebagaimana diketahui, lebih merujuk kepada pengaruh asing yang pada awalnya dibawa oleh aktiviti perdagangan.Terdapat 4 pengaruh utama iaitu pengaruh arab/hindu seperti contohnya menyalurkan pengaruh zapin,hadrah, dabus dan rodat.Pengaruh indonesia pula lebih menjurus kepada kesenian wayang purwa, ketoprak,angklung dan kuda kepang. Selain itu juga,pada abad ke 19, pengaruh kesenian daripada thailand begitu kuat .Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya wayang kulit siam, wayang kulit gedek dan menora yang masih lagi aktif bergiat di negeri-negeri sebelah timur di negara ini khususnya di negeri Kelantan.Alat alat seperti violin dan guitar adalah hasil daripada pengaruh kedatangan orang-orang portugis manakala teater dan drama pula adalah hasil daripada pengaruh British.Kedatangan alat -alatan ini telah mempengaruhi muzik tradisional malaysia contohnya dengan kemunculan bentuk muzik sinektrik seperti asli, keroncong,ghazal dan bangsawan.
Sementara itu kategori dan jenis alat adalah merujuk kepada jenis alatan itu berasaskan 4 katogeri utama iaitu ideofon, kordofon, membranofon dan juga aerofon. Alat- alat muzik ideafon biasanya terdiri daripada alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan contohnya alat muzik gitar,sape dan rebab.
Alat muzik dalam katogeri membranofon pula adalah alat yang menghasilkan bunyi daripada kulit ataupun membran yang ditegang dan dipalu.Contohnya seperti gendang kompang dan rebana.
Alat ideofon pula merujuk kepada alat yang mengeluarkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema.Contohnya seperti alat muzik gamelan dan caklempong.
Katogeri alat aerofon pula adalah alat yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.Contohnya seperti seruling,flute dan serunai.
Konsep dan struktur yang dipelajari merujuk kepada penekanan 6 komponen untama iaitu melodi, ekspresi ataupun tafsir, notasi, ritma/meter, harmoni dan bentuk ataupun form.
Bagaimana kami mahu mendalami ?
Pengamatan dan kajian yang berterusan dilihat sebagai satu cara yang paling ideal untuk memantapkan lagi pengetahuan terhadap muzik tradisional ini.Lawatan sambil belajar juga dilihat sebagai suatu kaedah yang mampan untuk mendekatkan lagi para pelajar dengan teknik permainan dan ilmu tentang muzik tradisional ini.Sebagai contohnya para pelajar diberikan peluang untuk berkunjung ke Aswara ataupun Istana Budaya bagi melihat dan mempelajari dengan lebih dekat proses pembuatan alat,permainan dan juga aktiviti persembahan tradisional yang lain.Hal ini dilihat dapat merangsang para pelajar untuk menanamkan jati diri untuk cintakan alat muzik tempatan di jiwa masing-masing.
Rumusan
Kursus ini sangat menarik dengan suatu teknik pembelajaran berasaskan komputer dan pengaplikasian blog.Selain itu teknik pengajaran dua hala yang cepat contohnya dengan adanya ruangan chatting membolehkan pelajar lebih mudah untuk mendapatkan bantuan di kala menghadapi sebarang kesulitan dan permasalahan.
Rujukan :
http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Index.htm
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 tahun yang lalu
2 ulasan:
Asslamualaikum..
Saya sangat suka ulasan kamu kerana ianya menarik dan sangat tersusun...
:)
Terima kasih umairah.Sebarang kritikan dan komen membina amatlah dialu-alukanuntuk proses penambah baikan !
Catat Ulasan