Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Di minggu yang ke-empat ini kami berkesempatan untuk mendalami dan menyelusuri suatu teknik permainan tradisional rakyat yang amat menarik iaitu persembahan kesenian Wayang Kulit.Sebagaimana kita sedia maklum, wayang kulit begitu sinonim dengan tradisi kesenian rakyat di negeri-negeri di sebelah pantai timur khususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang dan di beberapa daerah di negeri selatan Thailand. Namun jika dikaji dan diamati dengan pandangan yang lebih ilmiah, fakta itu bukanlah suatu teori yang lengkap untuk diguna pakai dalam mempelajari ilmu berkaitan dengan wayang kulit ini.Hal ini kerana wayang kulit terbahagi kepada beberapa pecahan utama iaitu wayang kulit Kelantan, wayang kulit Gedek, wayang kulit Jawa dan juga wayang kulit Melayu.Wayang kulit sebagaimana yang kita sedia maklum adalah merupakan suatu teater tradisional kuno Malaysia yang meperihalkan tentang dalang dan bayang-bayang patung di atas kelir. Persembahan ini berbentuk teater purba dan dimainkan oleh orkestra tertentu mengikuti gerak geri wayang. Lagu- lagu yang dimainkan mempunyai pelbagai repertoire lagu mengikut kehendak dan jalan cerita.Repertoire cerita yang biasa di mainkan pula terbahagi kepada 2 iaitu epik Ramayana dan epik Mahabrata.Terdapat beberapa pegangan terhadap asal -usul kewujudan wayang kulit ini iaitu pertama wayang ini berasal daripada India sebagaimana kajian dan selidikan oleh Otto Spies, Sabri East Siyavusgil dan William Rudgeway. Namun menurut Berthold Laufer, wayang kulit adalah berasal daripada China semasa zaman Maharaja Han Wu Ti ( 121 s.m). Terdapat 5 elemen utama yang harus di berikan perhatian di dalam persembahan wayang kulit ini iaitu seni muzik, hikayat, lakonan, pengetahuan agama dan seni ukir.
Terdapat beberapa faktor dan elemen yang membezakan diantara ke-empat wayang kulit ini. Sebagai contoh, dari aspek alat muzik wayang kulit jawa menggunakan set gamelan jawa sebagai alatan muzik iringan manakala wayang kulit gedek menggunakan alat serunai geduk,gedombak, canang, kesi kecil dan cing. Alatan wayang kulit Melayu pula hanpir menyerupai wayang gedek cuma penambahan dari segi penggunaan gendang ,rebab dan tanpa penggunaan serunai. Pengggunaan alat muzik dalam wayang kulit Kelantan pula adalah paling banyak iaitu penggunaan alat seperti gong, kesi, gendang, geduk, gedombak, mong, serunai dan pemetek. Dari segi lagu pula, lebih dari 35 buah lagu yang mesti dihafal oleh Dalang dan panjaknya.
Dari aspek hikayat wayang kulit jawa dikatakan berasal dari Indonesia dan dipersembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor dan Selangor yang mana mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli yang mengandungi epik Ramayana dan Mahabrata.Bahasa pengantaraan adalah bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog cerita.Wayang kulit Gedek pula dipercayai berasal daripada Thailand yang mana mempunyai pengaruh siam yang cukup kuat.Wayang ini berkisarkan epik Ramayana iaitu Ramakien dan menggunakan campuran bahasa Thai dan tempatan didalam persembahannya. Dari segi patungnya pula, wayang ini mempunyai keunikannya tersendiri iaitu muka patung di dalam posisi depan.
Wayang kulit Melayu pula banyak dipengaruhi oleh wayang Purwa dari Indonesia dan banyak dimainkan di Istana Patani. Wayng ini lebih memperihalkan epik Mahabrata dan berkembang dengan pesatnya dibawah naungan Raja Kedah dan Kelantan pada abad ke 19 dan 20 khususnya untuk hiburan bangsawan.Wayang kulit Kelantan pula sebagaimana yang kita sedia maklum adalah wayang teater rakyat yang sangat popular sehinggalah hari ini. Wayang ini menceritakan tentang epik Ramayana seperti cerita Maharaja Rawana yang mengandungi watak- watak seperti Siti Dewi, Hanuman Kera, Seri Rama, Pak Dogol dan Wak Long. Selain itu juga penceritaan popular adalah seperti cerita Melayu, cerita Panji dan cerita tempatan yang menggunakan dialek Melayu Kelantan sebagai bahasa penghantar.
Selain itu, dari aspek bentuk patung, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan di antara wayang kulit tersebut. Sebagai contohnya, wayang kulit Jawa, Melayu dan Kelantan mempunyai posisi patung yang berposisi mengiring.Hal ini berbeza dengan bentuk wayang kulit Gedek yang berkedudukan menghadap. Dari segi pergerakan pula, wayang kulit Gedek dan Kelantan mengaplikasikan patung yang bergerak dengan satu sendi yang mana berbeza dengan wayang kulit Jawa dan Melayu yang boleh menggerakkan kedua- dua sendi. Dari segi pengaruhnya pula kesemua wayang kulit ini di pengaruhi oleh pengaruh Siam kecuali wayang kulit Melayu yang lebih dipengaruhi oleh pengaruh Jawa.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan