Ahad, 31 Oktober 2010

refleksi jurnal : minggu ke 12

Salam lembaran.
Di minggu ini kita dibentangkan dengan pembentangan yang berkisarkan tentang kesenian yang di kenali sebagai Boria.Persembahan ini merangkumi 2 aspek yang utama iaitu lakonan dan nyanyian. Lakonan yang di persembahkan biasanya terdiri daripada lakonan yang berbentuk lawak jenaka yang disengajakan dengan hasrat menghiburkan penonton. Para pelakon pula biasanya terdiri daripada 6 orang kaum lelaki dan watak wanita dilakonkan oleh pemain lelaki dengan pengaplikasian kostum dan peniruan gaya watina bertutur. Boria ini amat popular di neger utara Malaysia terutamanya Pulau Pinang. Dari aspek muziknya pula, ia dimainkan apabila bermulanya babak nyanyian dan berakhirnya babak lakonan. Lagu dinyanyikan oleh tukang karang dan diikuti oleh para kelasi ataupun penyanyi latar.
Dari segi persembahan pula, persembahan Boria ini biasanya dibahagikan kepada 2 segmen iaitu sketsa lucu ataupun jenaka dan sketsa nyanyian vocal dan tarian.Dari aspek sketsa, lakonan biasanya terdiri daripada 10-14 orang pemain yang melakonkan komedi dan lawak yang slapstik dan menghiburkan. Dari aspek nyanyian dan tarian pula, nyanyian dimainkan oleh peserta korus seramai 30-40 orang dan seorang tukang karang. Muzik pula dimulakan dengan muzik instrumental dengan berasaskan irama cha-cha, slow rumba dan tarian popular barat. Rangkap yang dinyanyikan berstruktur 4 baris senikata dengan skema rima yang tetap serta lagu yang dimainkan ini biasanya berselang seli 12-14 rangkap.
Dari segi alatan yang digunakan pula, Boria menggunakan alat seperti Violin, Gambus, Marwas, Tabla,Simbal, Harmonika, Akordian dan Gendang.
Namun boria juga mengalami perubahan dan kemajuan didalam persembahannya.Sebagai contoh Boria menggunakan alatan muzik seperti gitar, clarinet, violin, organ, drum set dan saxhaphone.
Selaras dengan perubahan semasa, Boria mengalami perubahan dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, pakaian pemain Boria pada masa sekarang lebih bersifat seragam berbanding pakaian pada boria terdahulu yang lebih beraneka ragam, pelbagai warna dan juga bentuk.Dari aspek gerak, tarian lebih diseragam dan dengan penggunaan kumpulan muzik kugiran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template