Ahad, 10 Oktober 2010

Refleksi Jurnal : Minggu Ke 11

Salam minggu Ke- 11
Diam tak diam, kita sudahpun menjengah ke minggu ke 11.Di minggu ini, kami di bentangkan dengan perbentangan dari kumpulan Wayang Kulit.Perbentangan pada minggu ini dimulakan dengan persembahan wayang kulit daripada kumpulan pembentang dan dibantu oleh para pemuzik undangan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.Pembentangan ini amat menarik kerana setelah sekian lama tidak berpeluang untuk melihat Wayang Kulit, mana di kuliah ini kami berpeluang melihat secara langsung persembahan yang penuh dengan nilai estetik ini.Dari segi peralatan yang digunakan, persembahan ini dimainkan dengan diiringi oleh alat muzik seperti Geduk, kesi, canang, gedombak, gong dan juga serunai.Saya tidak mengalami kesulitan di dalam persembahan dan pembentangan yang di lakukan kerana saya mempunyai asas di dalam permainan wayang kulit ini.Pujian seharusnya diberikan terhadap kumpulan wayang kulit ini kerana menyajikan suatu persembahan yang begitu menarik dan padat.

4 ulasan:

SMP 2252 NURUL HANA on 26 Oktober 2010 pada 3:51 PG berkata...

pembentangan wayang kulit yang dibentangkan amat menarik apabila diselitkan dengan demonstrasi secara langsung ketika pembentangan dilakukan. alternatif ini juga dapat membantu pelajar lain dapat memahami dengan lebih jelas apa yang terdapat dalam persembahan wayang kulit yang sebenar setelah melihat dengan mata kasar sendiri persembahan muzik wayang kulit tersebut. demikian juga dapat memberi kefahaman yang mudah kepada pelajar mengenai pembentangan mengenai wayang kulit yang dibentangkan oleh kumpulan anda setelah menonton persembahan wayang kulit yang sangat menarik itu..tahniah!!!

Damiana on 29 Oktober 2010 pada 6:01 PTG berkata...

Pertama kali saya melihat wayang kulit dimainkan. Sangat menarik walaupun ada seseetengah apa yang disampaikan saya kurang jeals kerana masalah bahasa yang berlainan

~cikshue~ on 29 Oktober 2010 pada 11:05 PTG berkata...

Teruja dengan persembahan Wayang kulit yang dimainkan...=)

SMP2252 WONG SOON EN on 30 Oktober 2010 pada 8:05 PG berkata...

yaya..... persembahan wayang kulit yang menarik walaupun saya tidak berapa memahaminya..... hehe!

Catat Ulasan

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252TARMIZI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template